DUNIA > BERITA

Pesawat C919 Berjaya Lakukan Penerbangan Sulung Shanghai-HK

02/01/2025 12:33 PM

SHANGHAI, 2 Jan (Bernama-CMG) -- Pesawat besar buatan China, C919, berjaya melaksanakan penerbangan sulungnya bagi laluan komersial MU721 kendalian China Eastern Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai ke Hong Kong (HK) pada hari pertama 2025, pada Rabu.

Ia sekali gus memulakan misi pesawat C919 dalam penerbangan komersial laluan setempat.

China Eastern Airlines merupakan pelanggan pertama bagi C919 di dunia. Jumlah tempahannya mencatat 105 buah dan menjadikan syarikat itu mempunyai jumlah pesawat C919 paling banyak di dunia.

Sementara itu, HK menjadi bandar destinasi ke-9 bagi penerbangan komersial C919.

Setiausaha Pengangkutan dan Logistik Wilayah Pentadbiran Khas HK, Mable Chan ketika berucap pada majlis meraikan pelancaran laluan itu menyatakan bahawa pengoperasian laluan penerbangan yang dijalankan C919 bukan sahaja membolehkan penumpang HK merasai kehebatan pesawat besar buatan China sendiri, malah juga membolehkan penumpang antarabangsa mengetahui kejayaan sains dan teknologi penerbangan awam China.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan