KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), James E. Carter Jr. pada 29 Dis 2024.
Kementerian Luar Negeri dalam hantaran di laman Facebook rasminya pada Khamis memaklumkan bahawa Carter, yang merupakan Presiden AS ke-39, adalah seorang negarawan terbilang yang telah banyak menyumbang kepada usaha kemanusiaan yang meninggalkan kesan mendalam kepada dunia.
“Malaysia juga berharap agar keluarga mendiang Presiden diberikan kekuatan dan ketabahan dalam masa sukar ini,” menurut Kementerian Luar Negeri.
Hantaran itu turut berkongsi gambar Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menandatangani nota takziah di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.
Carter, penerima Hadiah Nobel Keamanan 2002, meninggal dunia pada usia 100 tahun di kediamannya di Plains, Georgia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial