DUNIA > BERITA

Korea Selatan Saksi Peningkatan Kelahiran Buat Kali Pertama Dalam Tempoh 9 Tahun

03/01/2025 10:17 PM

MOSCOW, 3 Jan (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Bilangan bayi yang dilahirkan di Korea Selatan, sebuah negara antara kadar kesuburan terendah di dunia, meningkat buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun pada 2024, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Yonhap melaporkan pada Jumaat, memetik data kerajaan, sejumlah 242,334 bayi dilahirkan tahun lepas, meningkat 3.1 peratus daripada 2023, menandakan peningkatan tahunan pertama selepas lapan tahun berturut-turut menurun.

Jumlah penduduk negara itu berjumlah 51,217,221 orang, menurun selama lima tahun berturut-turut.

Lee Sang-lim, seorang penyelidik di Institut Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Korea, berkata trend peningkatan dalam kadar kelahiran berkemungkinan berterusan selama dua tahun akan datang, kerana generasi yang lahir selepas 1991, yang dipanggil echo boomer, mencapai usia boleh berkahwin.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan