DUNIA > BERITA

53 Maut, 62 Cedera Gempa Bumi Landa Xizang

07/01/2025 06:31 PM

 

 

LHASA, 7 Jan (Bernama-Xinhua) -- Seramai 53 orang disahkan maut manakala 62 lagi cedera selepas gempa bumi 6.8 pada skala Richter menggegarkan Daerah Dingri di bandar Xigaze di Wilayah Autonomi Xizang pada 9.05 pagi Selasa (Waktu Beijing), lapor Xinhua memetik ibu pejabat bantuan bencana wilayah.

Banyak rumah dilaporkan runtuh di Kampung Tonglai yang terletak di Perbandaran Changsuo Dingri di Xigaze, juga dikenali sebagai Shigatse.

Ketua Daerah Dingri memberitahu Xinhua bahawa gegaran itu jelas dirasai di daerah itu. Pihak berkuasa tempatan kini berusaha menghubungi beberapa perbandaran dalam daerah itu untuk menilai kesan gempa berkenaan.

Menurut laporan Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, pusat gempa bumi itu dikesan berada pada 28.5 darjah latitud utara dan 87.45 darjah longitud timur. Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan