KINSHASA, 17 Jan (Bernama-Xinhua) -- Penyakit misteri yang melanda Republik Demokratik Congo (DRC) dikenal pasti berpunca daripada jangkitan malaria teruk yang diperburukkan oleh kekurangan zat makanan, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa kesihatan lewat Khamis.
"Misteri ini akhirnya terungkai. Ia adalah jangkitan malaria teruk yang menyerupai penyakit pernafasan pada tubuh yang lemah akibat kekurangan zat makanan," menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan media, merujuk kepada penyakit yang menular sejak Oktober lalu di zon kesihatan Panzi, wilayah Kwango di barat daya negara itu.
Menurut minit Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Presiden Felix Tshisekedi pada Rabu, sehingga minggu epidemiologi kedua 2025, sebanyak 2,774 kes direkodkan secara kumulatif, termasuk 77 kematian, mewakili kadar kematian sebanyak 2.8 peratus.
Kerajaan DRC pada Disember lalu menyatakan negara itu berada dalam "amaran maksimum" menghadapi penyakit ini yang sebelum ini tidak diketahui puncanya.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial