SHANGHAI, 21 Jan (Bernama-CMG) -- China dan Indonesia akan bekerjasama mempromosikan kesalinghubungan kod QR rentas sempadan di bawah bimbingan bank pusat kedua-dua negara, bagi menambah baik pengalaman pembayaran rentas sempadan.
Langkah itu diumumkan UnionPay International, Persatuan Sistem Pembayaran Indonesia (ASPI), Ant International dan Bank of China (Hong Kong) Cawangan Jakarta di sini, pada Isnin.
Menurut perjanjian, UnionPay akan bekerjasama dengan ketiga-tiga pihak tersebut untuk menaik taraf perkhidmatan pembayaran untuk pelancong China di Indonesia.
Selepas program itu diwujudkan, pelancong China boleh membuat pembayaran di Indonesia menerusi aplikasi pembayaran utama di China, termasuk aplikasi UnionPay, aplikasi bank komersial yang disambungkan ke "Platform Pembayaran Dalam Talian UnionPay" di China dan Alipay.
Pada masa sama, Indonesia juga akan menyatukan piawaian pembayaran kod QR–QRIS untuk membuat pembayaran dengan mengimbas kod QR daripada peniaga.
Untuk rekod, terdapat kira-kira 34 juta peniaga di Indonesia kini telah mengguna pakai piawaian QRIS.
Difahamkan, kerjasama kali ini merupakan satu lagi amalan penting antara UnionPay yang sebagai institusi pembayaran domestik China dengan rangkaian pembayaran luar negara, selepas program kerjasama serupa dengan Malaysia, Kemboja, Laos, Vietnam dan negara lain.
Buat masa ini, UnionPay telah mencapai kerjasama interkoneksi kod QR rentas sempadan dengan rangkaian transit tempatan di 19 negara dan wilayah, manakala 19 projek telah dilaksanakan atau sedang dalam proses promosi.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial