DUNIA > BERITA

AI Tidak Boleh Ganti Elemen Pembelajaran Manusia Yang Penting: Ketua PBB

25/01/2025 06:00 PM

NEW YORK, 25 Jan (Bernama-Xinhua) -- Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Jumaat berkata bahawa kecerdasan buatan (AI) tidak boleh menggantikan elemen penting manusia dalam pembelajaran dan menyeru negara-negara untuk mengekalkan kemanusiaan di tengah-tengah sistem pendidikan, lapor Xinhua.

Dalam mesejnya sempena Hari Pendidikan Antarabangsa yang disambut pada 24 Jan, Guterres menyatakan bahawa kemajuan teknologi pesat hari ini seperti AI, membawa potensi besar untuk menyokong pelajar dari pelbagai peringkat umur sepanjang perjalanan pembelajaran mereka.

"Namun ganjaran luar biasa ini diiringi oleh risiko yang menakutkan. Apabila sistem dipacu AI menjadi lebih berkuasa, niat manusia dan kesan yang didorong oleh mesin boleh dengan mudah tidak sejajar," tambahnya.

Hari Pendidikan Antarabangsa tahun ini mengingatkan bahawa potensi AI hanya dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan memastikan agensi manusia dan hak asasi manusia di tengah-tengah teknologi yang berkembang pesat ini, kata ketua PBB itu.

"Kecerdasan buatan tidak boleh menggantikan unsur pembelajaran manusia yang penting," Guterres menekankan. "Pada hari yang penting ini, mari kita komited untuk memastikan menusia kekal sebagai teras sistem pendidikan di mana-mana sahaja." 

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan