KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) telah melancarkan logo rasmi bagi kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) “Maghribi 2025”.
Menurut laporan Hespress English dari Maghribi, kejohanan bola sepak itu akan berlangsung dari 21 Dis 2025 hingga 18 Jan 2026.
Logo itu menampilkan elemen "zellij" Maghribi, iaitu seni jubin mozek tradisional yang melambangkan warisan budaya unik negara itu.
Undian bagi kejohanan AFCON “Maghribi 2025” dijadualkan berlangsung Isnin ini di Mohammed V Theatre di Rabat, Maghribi.
AFCON merupakan pertandingan bola sepak lelaki antarabangsa dwitahunan utama di Afrika, yang dianjurkan oleh CAF.
Kejohanan itu menampilkan pasukan kebangsaan dari seluruh benua dan dianggap sebagai kejohanan bola sepak paling berprestij di Afrika.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial