DUNIA > BERITA

Senat AS Sahkan Chris Wright Sebagai Setiausaha Tenaga

04/02/2025 10:06 PM

WASHINGTON, 4 Feb (Bernama-Xinhua) -- Senat Amerika Syarikat pada malam Isnin mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liberty Energy, Chris Wright sebagai Setiausaha Jabatan Tenaga yang baharu, lapor Xinhua.

Dewan tertinggi itu meluluskan pencalonan dengan undian 59-38.

Wright aktif menyokong dasar-dasar yang menggalakkan industri bahan api fosil dan keselamatan tenaga, serta pernah mempersoalkan kaitan antara perubahan iklim dan kejadian cuaca ekstrem.

Dengan Parti Republikan memperoleh majoriti dalam Senat serta pelantikan presiden yang biasanya memerlukan hanya majoriti mudah sebanyak 51 undi untuk pengesahan, Presiden Donald Trump menghadapi sedikit halangan dalam meluluskan pemilihan Kabinetnya.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan