DUNIA > BERITA

Sesi Promosi Filem “Ne Zha 2” Di Ibu Pejabat PBB

19/02/2025 12:14 PM

NEW YORK, 19 Feb (Bernama-CMG) -- Sesi penayangan khas filem "Ne Zha 2" diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Isnin.

Sesi promosi anjuran bersama Pentadbiran Perfileman China, Kumpulan Media China (CMG), dan Kelab Buku China PBB itu disertai lebih 150 orang tetamu kehormat, antaranya termasuk Naib Setiausaha Agung PBB Xu Haoliang, diplomat dari Perancis, Rusia, Greece, Thailand ke PBB, serta kakitangan PBB dan warga media.

Xu Haoliang ketika berucap pada sesi itu berkata bahawa penayangan filem "Ne Zha 2" di luar China telah mendorong pertukaran kebudayaan antara China dengan kawasan dan negara terlibat.

Beliau menyatakan filem yang disadur dari cerita mitos dalam budaya tradisional China itu menghubungkan pelbagai negara dan budaya sehingga mewujudkan resonansi emosi sesama rakyat. Selain itu, produksi bertaraf tinggi yang ditunjukkan "Ne Zha 2" juga mencerminkan bahawa teknologi animasi China telah mencapai taraf maju di peringkat global.

Penolong jurucakap Setiausaha Agung PBB Farhan Haq menyatakan bahawa pihaknya mengalu-alukan segala pertukaran kebudayaan yang positif dalam apa jua bentuk termasuklah penayangan filem animasi seperti "Ne Zha 2".

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan