DUNIA > BERITA

Xi, Putin Adakan Perbualan Telefon

25/02/2025 05:41 PM

BEIJING, 25 Feb (Bernama-CMG) -- China dan Rusia merupakan jiran rapat yang tidak boleh dipisahkan serta sahabat sejati yang saling menyokong, sanggup berkongsi kesulitan dan maju bersama.

Presiden China Xi Jinping membuat kenyataan itu ketika mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin pada Isnin.

Xi berkata hubungan China-Rusia adalah kukuh dan mempunyai nilai strategik yang unik dengan jalinan berkenaan tidak menyasarkan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak ketiga.

Menurut beliau, strategi pembangunan dan dasar luar China dan Rusia adalah untuk jangka panjang.

Xi menyatakan bahawa walaupun situasi antarabangsa berubah, hubungan antara kedua-dua negara akan terus kukuh untuk membantu pembangunan satu sama lain dan menyuntik tenaga positif ke dalam perhubungan antarabangsa.

Sementara itu, Putin menjelaskan perkembangan terkini hubungan antara Rusia dengan Amerika Syarikat (AS) dan pendirian Moscow mengenai krisis Ukraine.

Beliau menyatakan Rusia komited untuk menangani faktor utama yang menyebabkan konflik dan mencapai penyelesaian damai yang mampan dan berkekalan.

Xi turut menambah bahawa China gembira melihat Rusia dan pihak terlibat melakukan usaha positif untuk meredakan krisis Ukraine.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan