DUNIA > BERITA

China Ulangi Sokongan Teguh Terhadap Perjuangan Rakyat Palestin

28/02/2025 02:11 PM

GENEVA, 28 Feb (Bernama-CMG) -- China lantang menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam memulihkan hak bangsa mereka yang sah, sambil menyeru masyarakat antarabangsa terus berusaha ke arah penyelesaian isu Palestin secara komprehensif, adil dan berkekalan.

Pendirian itu dinyatakan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu ketika berucap pada satu dialog sempena sesi ke-58 Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Khamis.

Difahamkan, dialog itu memfokuskan kepada laporan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia mengenai situasi hak asasi di wilayah Palestin yang diduduki.

Chen berkata keutamaan ketika ini adalah memastikan perjanjian gencatan senjata dilaksana secara mampan dan berkesan, serta memajukan rundingan seterusnya secara konstruktif.

Pihak yang menduduki wilayah berkenaan mesti memenuhi kewajipan di bawah undang-undang antarabangsa, menghormati dan melindungi hak asasi rakyat Palestin serta memastikan penduduk tempatan selamat kembali ke tempat tinggal mereka, tambah beliau.

Chen menegaskan bahawa formula 'penyelesaian dua negara' merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu Palestin, dan Gaza sebahagian daripada wilayah Palestin yang tidak boleh dipisahkan.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan