DUNIA > BERITA

Angka Korban Ribut Di Selatan Argentina Meningkat Kepada 13

09/03/2025 12:36 PM

BUENOS AIRES, 9 Mac (Bernama-Xinhua) -- Angka korban akibat ribut dahsyat yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 13 orang, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan pada Sabtu.

Mereka turut memberi amaran bahawa jumlah itu mungkin meningkat kerana operasi menyelamat masih diteruskan.

Ribut itu mencetuskan banjir besar, menyebabkan bandar dan kawasan sekitarnya ditutup. Sekurang-kurangnya 1,059 orang dipindahkan, dan Hospital Besar Dr Jose Penna turut dinaiki air, memaksa kakitangan memindahkan pesakit, termasuk bayi baru lahir, ke kawasan yang lebih selamat.

Kerajaan Argentina telah mengerahkan kru kecemasan, dengan pegawai  peringkat nasional dan wilayah menyelaraskan usaha bantuan.

"Kita perlu membina semula bandar itu," kata Menteri Kerajaan Wilayah Buenos Aires, Carlos Bianco. "Sesetengah orang kehilangan segala-galanya."

Pegawai berkata ribut itu membawa hujan 11.8 hingga 13.8 inci dalam masa beberapa jam sahaja - hujan paling lebat dalam sejarah bandar itu - memecahkan rekod yang dicatatkan pada 1933.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan