DUNIA > BERITA

Kuwait Kutuk Tindakan Israel Putuskan Bekalan Elektrik Di Gaza

12/03/2025 02:28 PM

KUWAIT, 12 Mac (Bernama-WAFA) -- Kuwait pada Selasa mengutuk tindakan Israel untuk memutuskan bekalan elektrik ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Kuwait mengutuk dan mengecam keras tindakan Israel kerana penggunaan dasar hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.

Kuwait menyifatkan keputusan memotong bekalan elektrik sebagai pelanggaran hak paling asas dan melanggar prinsip undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Kuwait memperbaharui seruannya kepada masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk segera campur tangan bagi menghentikan pelanggaran yang dilakukan oleh pasukan pendudukan.

Ini membolehkan bantuan kemanusiaan dibawa masuk tanpa halangan selain mewajibkan Israel,  untuk menghentikan dasar kelaparan dan menafikan hak rakyat Palestin.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan