DUNIA > BERITA

Dialog Global Bincang Pembangunan Berkualiti Tinggi Dan Inovasi China

12/03/2025 03:53 PM

CHICAGO, 12 Mac (Bernama-CMG) -- Dialog global bertemakan "China in Springtime: Sharing China's Opportunities with the World" anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Chicago, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Pada acara itu, Presiden CMG Shen Haixiong dan Duta Besar China ke AS Xie Feng menyampaikan ucapan video.

Dalam ucapannya, Shen menyentuh mengenai sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China dan sidang tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China yang diadakan di Beijing baru-baru ini.

"Pada 'dua sidang' tahunan itu, Presiden China Xi Jinping menekankan kepentingan untuk meningkatkan keterbukaan institusi dan meluaskan ruang kerjasama antarabangsa. Pintu China akan dibuka lebih luas," kata Shen.

Menurut beliau, sasaran pertumbuhan ekonomi China kira-kira lima peratus tahun ini sekali lagi menarik perhatian dunia dan 'keyakinan China' itu menyuntik lebih banyak kestabilan dan kepastian kepada pembangunan dunia.

"Pembangunan China tidak boleh dipisahkan daripada dunia manakala kemakmuran dunia juga memerlukan China," kata Shen.

Beliau berkata CMG akan membina platform media untuk laporan berita, pertukaran maklumat dan perkongsian sumber bagi berkongsi pengalaman dan kebijaksanaan China dengan dunia. Ini akan membuka lebih banyak peluang untuk "mendalami China" selain membolehkan dunia berkongsi hasil pembangunan modenisasi negara itu.

Siri dialog global itu juga akan diadakan di beberapa negara Eropah, Afrika, Asia Barat, Amerika Latin, Asia dan rantau lain.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan