KYIV, 6 April (Bernama-Xinhua) -- Beberapa siri letupan kedengaran pada pagi Ahad di Kyiv apabila Rusia didakwa melancarkan serangan udara baharu ke atas bandar itu, lapor Xinhua memetik pentadbiran tentera Ukraine.
Serangan udara itu menyebabkan kebakaran di kawasan bandar Darnytskyi dan Obolon, dan pasukan penyelamat sedang menuju ke lokasi kejadian, menurut pentadbiran tentera Kyiv dalam satu hantaran di platform media sosial Telegram.
"Letupan di ibu negara. Pertahanan udara sedang beroperasi. Sila berada di tempat perlindungan!
"Serangan peluru berpandu ke atas Kyiv masih berterusan," kata Datuk Bandar Vitali Klitschko yang dipetik dalam laporan media di Telegram.
-- BERNAMA-XINHUA
© 2025 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan