BEIJING, 9 Jun (Bernama-CMG) -- China merupakan antara pasaran paling dinamik untuk inovasi di dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Siemens Roland Busch.
Busch turut menyifatkan China sebagai 'gelanggang latihan' bagi kakitangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta usaha inovasi Siemens.
"China mempunyai saiz pasaran yang amat besar dengan menyumbang 30 peratus kepada nilai keseluruhan pengeluaran perindustrian global.
"Justeru, pasaran China dalam bidang automasi tidak boleh diabaikan," katanya dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).
Menurut beliau, permintaan pelanggan Siemens bukan produk murah, tetapi produk yang bersifat inovatif dan berdaya saing dari segi harga.
Busch berpendapat Siemens perlu menjalankan urus niaga dengan baik di China terlebih dahulu demi melakar kejayaan di pasaran global.
Menyentuh mengenai kesungguhan China dalam mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu, beliau menganggap pemerkasaan teknologi merupakan unsur penting untuk usaha berkenaan.
"Pengaplikasian teknologi automasi dan digital mendukung momentum pertumbuhan China, sekali gus membolehkan jangkaan pertumbuhan kekal pada tahap yang agak tinggi," katanya.
Busch dalam temu bual itu turut memuji prestasi kakitangan Siemens di China, khususnya membabitkan keupayaan profesional mereka yang mampu membangunkan produk dengan cepat.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial