DUNIA > BERITA

Lebih 300 Penerbangan Digantung Di Itali Akibat Kerosakan Teknikal

29/06/2025 03:30 PM

ROM, 29 Jun (Bernama-Xinhua) -- Kegagalan penghantaran data di Pusat Kawalan Kawasan di Milan pada Sabtu malam menyebabkan lebih 300 penerbangan di beberapa bandar di barat laut Itali digantung, lapor Xinhua memetik agensi berita ANSA.

Insiden itu berlaku sekitar 9 malam waktu tempatan (1900 GMT), mengakibatkan penggantungan penerbangan atau sekatan terhadap pelepasan dan pendaratan di lapangan terbang dalam ruang udara terjejas, termasuk di Milan, Bergamo, Genoa dan Turin, menurut laporan itu, sambil menambah bahawa juruteknik masih berusaha memulihkan operasi trafik udara.

Pusat Kawalan Kawasan di Milan merupakan satu daripada empat pusat kawalan wilayah yang dikendalikan oleh ENAV, penyedia perkhidmatan navigasi udara Itali.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan