DUNIA > BERITA

Timbalan Menteri Luar Tandatangan Nota Takziah Di Kedutaan Iran

01/07/2025 05:41 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin hari ini menandatangani nota takziah di Kedutaan Iran di sini sebagai tanda penghormatan dan keprihatinan Malaysia terhadap tragedi kemanusiaan yang sedang berlaku di rantau Timur Tengah. 

Mohamad berkongsi mengenai kunjungan beliau ke Kedutaan Iran di laman Facebook miliknya hari ini. 

“Malaysia kekal komited terhadap prinsip keamanan sejagat, menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan menyokong penyelesaian melalui dialog dan diplomasi,” kata Mohamad.

Iran mengisytiharkan hari berkabung negara pada Sabtu lepas sempena upacara pengebumian beberapa pegawai tertinggi tentera yang terbunuh akibat serangan Israel dalam konflik 12 hari bermula 13 Jun. 

Sekurang-kurangnya 935 orang di Iran dilaporkan terkorban dalam serangan Israel yang menyasarkan kemudahan ketenteraaan dan nuklear serta kawasan kediaman.

Amerika Syarikat (AS) turut melancarkan serangan ke atas kemudahan nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan sekali gus memburukkan lagi konflik itu.

Konflik itu terhenti selepas gencatan senjata tajaan AS berkuat kuasa pada 24 Jun.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan