DUNIA > BERITA

Feri Bawa 65 Kru Dan Penumpang Karam Di Bali, Empat Dilaporkan Maut

03/07/2025 02:20 PM

JAKARTA, 3 Julai (Bernama) -- Sebuah feri yang membawa 12 anak kapal, 53 penumpang dan 22 kenderaan karam di Selat Bali lewat Rabu malam ketika dalam pelayaran dari Jawa Timur ke Bali, menurut pihak berkuasa Indonesia pada Khamis.

Feri KMP Tunu yang berlepas dari Pelabuhan Ketapang di Banyuwangi menuju ke Pelabuhan Gilimanuk di Bali itu mengeluarkan isyarat kecemasan pada 11.20 malam waktu tempatan sebelum karam pada 11.35 malam, menurut Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Banyuwangi.

“Isyarat kecemasan diterima dan feri dilihat karam oleh pegawai pemantau pelabuhan,” kata penyelaras SAR Wahyu Setiabudi pada Khamis, seperti dipetik portal berita Kompas.

Pasukan penyelamat bersama digerakkan pada 12.18 tengah malam, namun usaha pemindahan penumpang terjejas akibat keadaan laut bergelora di lokasi terakhir feri berkenaan dikesan.

Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya empat penumpang disahkan maut manakala 14 yang lain berjaya diselamatkan setakat pagi ini.

“Ombak di lokasi kejadian mencecah sehingga 2.5 meter,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan