WASHINGTON, 8 Julai (Bernama-dpa) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata beliau mungkin menangguhkan lagi pelaksanaan tarif import terhadap beberapa negara melepasi tarikh baharu yang ditetapkan pada 1 Ogos, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ketika ditanya sama ada tarikh baharu itu muktamad, Trump memberitahu wartawan: “Saya akan kata muktamad, tetapi bukan 100 peratus.”
“Jika mereka hubungi kami dan mereka kata mahu lakukan sesuatu dengan cara berbeza, kami terbuka kepada perkara itu,” tambahnya.
Trump berkata surat yang dihantar kepada lebih 12 negara - termasuk Jepun, Korea Selatan dan Afrika Selatan - mengenai rancangan tarif itu adalah “muktamad”, namun menambah: “Jika mereka hubungi dengan tawaran berbeza, dan saya suka, maka kami akan mempertimbangkannya.”
Pada Isnin, Trump menunda tarikh pelaksanaan tarif tinggi terhadap rakan dagangan dari 9 Julai kepada 1 Ogos.
Langkah itu bertujuan memastikan surcaj import yang dirancang tidak dilaksanakan sementara rundingan diteruskan, walaupun banyak butiran masih belum diselesaikan termasuk bagaimana hubungan perdagangan masa depan antara AS dan Kesatuan Eropah akan distrukturkan.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial