MANCHESTER (England), 14 Julai (Bernama-Reuters) -- Raja Britain Raja Charles III berkenan menerima kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada September ini untuk lawatan negara kali kedua yang belum pernah berlaku sebelum ini ke Britain, menurut Istana Buckingham pada Isnin.
Lawatan itu dijadual berlangsung dari 17 hingga 19 September.
“Raja Charles akan menerima menghadap Presiden Trump dan isterinya di Istana Windsor,” menurut istana dalam satu kenyataan, sambil memaklumkan bahawa butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.
Trump sebelum ini berkata beliau bersetuju untuk bertemu Raja Charles selepas Perdana Menteri Britain Keir Starmer menyerahkan sepucuk surat tulisan tangan daripada Raja Charles di Pejabat Oval.
-- REUTERS
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial