Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 15 Julai (Bernama) -- Satu gempa bumi dengan magnitud 5.3 melanda wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia lewat Isnin, merosakkan puluhan rumah dan menjejaskan sekurang-kurangnya 20 keluarga, menurut pihak berkuasa.
Berdasarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB), gempa bumi yang melanda Daerah Poso pada pukul 9.52 malam waktu tempatan itu mengakibatkan kerosakan kecil kepada 38 buah rumah, tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.
"Penilaian dan pengumpulan data masih dijalankan," kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan pada Selasa, sambil menambah bahawa pihak berkuasa tempatan sedang menyelaraskan tindak balas kecemasan dan memantau keadaan.
Pusat gempa terletak di darat, kira-kira 67 kilometer barat daya Poso pada kedalaman 10 kilometer, dengan gegaran turut dirasai di kawasan berhampiran termasuk Morowali Utara, Luwu Timur dan Bandar Palopo.
Abdul Muhari berkata gempa bumi itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami.
Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik, di mana pertemuan keping benua menyebabkan aktiviti seismik yang kerap.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial