DUNIA > BERITA

Pemenang Anugerah Turing Puji Strategi China Utamakan Pembangunan Sains Asas

28/07/2025 03:24 PM

BEIJING, 28 Julai (Bernama-CMG) -- Langkah China yang menyenaraikan sains asas ke dalam strategi pembangunan negara untuk jangka masa panjang adalah amat mengagumkan.

China telah mencapai banyak kejayaan yang cemerlang dalam bidang ini dan pasti akan memperoleh lebih banyak kemajuan baharu, demikian dinyatakan pemenang Anugerah Turing 1986, Profesor Robert Tarjan ketika ditemu bual wartawan CMG baru-baru ini.

Ditanya mengenai kelebihan teras yang paling kompetitif bagi China dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI), Tarjan menganggap bahawa ia boleh dilihat daripada sokongan strategik negara untuk jangka masa panjang, sistem pendidikan kukuh yang merangkumi sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, serta golongan pelajar yang mempunyai minat tinggi terhadap teknologi canggih.

Sempena Persidangan Sains Asas Antarabangsa 2025 yang dirasmikan di Beijing pada 13 Julai lepas, Profesor Robert Tarjan, ahli sains terkemuka dan peneraju dalam bidang sains komputer, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Mengulas sasaran yang dikemukakan Presiden China Xi Jinping untuk membangunkan China sebagai negara yang kuat dalam bidang sains dan teknologi menjelang 2035, Prof Tarjan menganggap ia sebagai amat bermakna.

"Saya amat berharap sains asas dapat memainkan peranan besar dalam usaha ini, dan ia pasti akan menjadi sebahagian daripada pelan induk berkenaan,” kata beliau.

–BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan