DUNIA > BERITA

Angka Korban Serangan Genosid Israel Di Gaza Melebihi 60,000

30/07/2025 12:36 AM

ISTANBUL, 29 Julai (Bernama-Anadolu) -- Sekurang-kurangnya 60,034 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan genosid Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, lapor Anadolu Ajansi dengan memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, 113 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas, manakala 637 orang cedera, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan mencecah 145,870 orang sejak serangan Israel bermula.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di atas jalan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” menurut kenyataan itu lagi.

Kementerian juga memaklumkan, 22 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 199 cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kematian ketika mencari bantuan meningkat kepada 1,179 orang, manakala lebih 7,957 cedera sejak 27 Mei.

Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac, sekali gus menghentikan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang mula berkuat kuasa pada Januari.

Sejak itu, 8,867 lagi terbunuh dan 33,829 cedera akibat serangan berterusan.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan