MANILA, 30 Julai (Bernama-Xinhua) -- Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pada Rabu mengeluarkan amaran kepada penduduk di kawasan pesisir pantai yang menghadap Lautan Pasifik susulan amaran kemungkinan berlaku ombak tsunami setinggi kurang daripada satu meter, selepas gempa bumi kuat melanda Rusia, lapor Xinhua.
Berdasarkan pengiraan magnitud yang disemak semula dan model ombak tsunami daripada Pusat Amaran Tsunami Pasifik, institut itu memaklumkan bahawa gelombang tsunami pertama dijangka tiba antara 1.20 tengah hari dan 2.40 petang waktu tempatan pada Rabu.
“Ia mungkin bukan yang terbesar dan ombak ini mungkin berterusan selama beberapa jam,” menurut nasihat itu.
“Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap ombak luar biasa. Orang ramai juga diminta menjauhi kawasan pantai dan tidak menghampiri pesisir pantai di beberapa wilayah sehingga amaran ini dibatalkan,” menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial