BEIJING, 31 Julai (Bernama-CMG) -- Mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) diadakan di sini pada Rabu bagi menganalisis dan menilai situasi ekonomi semasa dan merangka hala tuju kerja ekonomi bagi separuh kedua tahun ini.
Mesyuarat itu juga memutuskan bahawa sesi pleno keempat Biro Politik Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC akan diadakan di Beijing pada Oktober.
Dalam mesyuarat itu, tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi Tempoh Lima Tahun Ke-15 (2026-2030) dikenal pasti sebagai fasa kritikal bagi mengukuhkan asas dan berusaha sehabis baik untuk mewujudkan pemodenan sosialisme.
Sehubungan itu, semua pihak diseru agar kekal berpegang kepada strategi negara, meningkatkan keyakinan, berusaha untuk mewujudkan transfromasi dan mendepani perubahan demi memperoleh inisiatif strategik dalam persaingan antarabangsa, sekali gus mencapai kemajuan signifikan dalam usaha memacu modensisasi ala China.
Para peserta juga berpendapat, usaha perlu dilakukan untuk mengekalkan pembangunan yang mampan dan stabil dalam semua aspek, melaksanakan konsep pembangunan baharu dengan tepat dan menyeluruh, mempercepatkan pembentukan paradigma pembangunan baharu, di samping mengekalkan kesinambungan dasar dan kestabilan dalam aspek pengambilan pekerja, perusahaan, pasaran dan unjuran ekonomi.
Pada masa yang sama, usaha juga harus dipergiat untuk menggalakkan kitaran pasaran dalam negeri dan kitaran domestik-antarabangsa yang terbuka serta saling menggalakkan bagi menjayakan kerja ekonomi sepanjang separuh kedua tahun ini.
Langkah itu penting untuk mencapai sasaran dan misi pembangunan sosioekonomi sepanjang tahun ini, sekali gus menyumbang kepada matlamat Rancangan Lima Tahun Ke-14.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial