DUNIA > BERITA

Sukan Robot Humanoid Dunia Pertama Akan Berlangsung Di Beijing

06/08/2025 02:14 PM

BEIJING, 6 Ogos (Bernama-CMG) -- Sukan Robot Humanoid Dunia pertama akan berlangsung di Beijing pada 14 hingga 17 Ogos 2025, menandakan lembaran baharu dalam dunia teknologi dan sukan antarabangsa.

Sukan berprestij itu dianjurkan bersama kerajaan bandar Beijing dan Kumpulan Media China (CMG), dan akan diadakan di Stadium Luncur Pecut Nasional Beijing, yang lebih dikenali sebagai "Reben Ais".

Tiket bagi upacara perasmian sukan itu khususnya pakej keluarga dilaporkan laris dijual.

Lebih 100 pasukan dari seluruh dunia dijangka menyertai sukan robot humanoid pertama di dunia itu.

Ketika ini, kebanyakan pasukan telah tiba di Beijing dan sedang menjalani sesi ujian di venue pertandingan.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan