DUNIA > BERITA

Landasan Lapangan Terbang Birmingham Ditutup Sementara Susulan Insiden Pesawat

07/08/2025 01:38 PM

LONDON, 7 Ogos (Bernama-Xinhua) -- Lapangan Terbang Birmingham di Britain mengesahkan pada Rabu bahawa landasannya telah ditutup sementara susulan satu insiden membabitkan sebuah pesawat.

Menurut polis lapangan terbang, seorang individu mengalami kecederaan ringan, lapor Xinhua.

Kejadian itu melibatkan sebuah pesawat kecil yang melakukan pendaratan cemas kira-kira 1.40 tengah hari waktu tempatan.

Woodgate Aviation, pemilik pesawat berkenaan dalam satu kenyataan berkata satu daripada pesawat jenis Beechcraft miliknya mengalami masalah pada gear pendaratan ketika dalam penerbangan dari Birmingham ke Belfast.

“Pesawat itu berpatah balik ke Birmingham dan melakukan pendaratan cemas, namun gear pendaratan utama gagal berfungsi ketika mendarat,” menurut syarikat itu.

Pihak lapangan terbang memaklumkan bahawa penumpang yang sudah berada di lokasi akan terus menerima maklumat terkini, manakala mereka yang dijadual berlepas lewat hari ini dinasihatkan menyemak status penerbangan sebelum ke lapangan terbang.

Lapangan Terbang Birmingham merupakan lapangan terbang ketujuh terbesar di Britain dengan kira-kira 11.5 juta penumpang dikendalikan pada 2023, menurut data yang disiarkan di laman sesawang rasminya.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan