DUNIA > BERITA

Sukan Dunia Ke-12 Membuka Tirai Di China

08/08/2025 04:43 PM

CHENGDU, 8 Ogos (Bernama-CMG) -- Sukan Dunia (TWG) ke-12 membuka tirainya di sini pada Khamis malam.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Kirsty Coventry mengucapkan tahniah kepada perasmian TWG melalui  video.

"Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur China. Mereka menunjukkan profesionalisme, keramahan, dan kecekapan tinggi kepada seluruh dunia, di samping melakukan persiapan sempurna untuk temasya sukan kali ini,“ katanya.

TWG ke-12 akan berlangsung di bandar ibu kota provinsi Sichuan, China dari 7 hingga 17 Ogos, menyaksikan penyertaan lebih 4,000 atlet dari lebih 100 buah negara dan wilayah.

Menurut pihak penganjur, sebanyak 34 acara utama akan dipertandingkan. Antaranya, acara sukan tradisional China seperti perlumbaan perahu naga dan Wusyu yang amat menarik tumpuan ramai.

Selain itu, sukan moden seperti dron, “frisbee” dan parkur ditetapkan sebagai acara pertandingan TWG untuk julung-julung kalinya.

–BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan