DUNIA > BERITA

Hampir 70 Negara Dan Organisasi Antarabangsa Tunjuk Minat Sertai CIFTIS 2025

12/08/2025 03:42 PM

BEIJING, 12 Ogos (Bernama-CMG) -- Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2025 dijadual berlangsung di Taman Shougang, Beijing pada 10 hingga 14 Sept.

Pihak penganjur turut merancang pelbagai acara sempena CIFTIS kali ini antaranya sidang kemuncak perdagangan perkhidmatan global, forum, sesi sidang dan acara promosi.

Urusan tempahan bagi ruang pameran tematik dan pameran khas kini sudah hampir selesai, menurut penganjur.

Setakat ini, hampir 70 negara dan organisasi antarabangsa menyatakan hasrat untuk menyertai pameran berprestij itu. 

CIFTIS merupakan platform komprehensif bertaraf antarabangsa khusus bagi perdagangan perkhidmatan.

Acara berkenaan juga menjadi wadah penting bagi China untuk memperluas keterbukaan, memperkukuh kerjasama dan menerajui inovasi.

Sejak pelancarannya pada 2012, sebanyak 11 edisi berjaya diadakan dengan menarik penyertaan kira-kira 1.19 juta peserta dari 198 negara dan wilayah.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan