NEW YORK, 13 Ogos (Bernama - CMG) -- China menyeru supaya isu melindungi keselamatan laluan pelayaran di perairan Laut Merah ditangani secara bersama, di samping menggerakkan penyelesaian isu Yaman dengan menggunakan pendekatan politik.
Demikian ditekankan Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang pada sesi terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung isu Yaman di sini pada Selasa.
Geng berkata ketegangan di Laut Merah terus memuncak apabila Israel dan kumpulan Houthi di Yaman saling melancarkan serangan secara bertubi-tubi.
Beliau menyeru supaya masyarakat antarabangsa bersinergi menggalakkan isu Yaman diselesaikan melalui saluran politik dan situasi di Laut Merah kembali aman dan stabil dengan seawal mungkin.
China menggesa agar kumpulan Houthi menghormati hak kapal komersial pelbagai negara untuk belayar di Laut Merah mengikut undang-undang antarabangsa dan berhenti menyerang dan mengganggu kapal dagang yang melalui perairan itu.
China juga menyeru supaya kedua-dua pihak yang berkonflik memulihkan komunikasi, bertindak sehaluan, menunjukkan keikhlasan dalam menyelesaikan perselisihan, membina konsensus untuk penyelesaian secara damai, dan melakukan usaha terbaik bagi memulihkan keamanan serantau.
Sementara itu, masyarakat antarabangsa harus meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada Yaman, menyokong Yaman dalam usaha membangunkan ekonomi, menambah baik kesejahteraan rakyat, dan membantu rakyatnya mengharungi detik sukar.
–BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial