BEIJING, 5 Sept (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah sempena perasmian Ekspo Industri Pintar Dunia 2025 di Chongqing, barat daya China pada Jumaat.
Xi berkata China amat menitikberatkan pembangunan serta tadbir urus kecerdasan buatan (AI) dan giat menggalakkan integrasi inovasi teknologi dengan inovasi perindustrian, sebagai usaha memperkasa pembangunan sosioekonomi berkualiti tinggi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Katanya, AI harus menjadi produk awam antarabangsa yang memberi manfaat kepada seluruh manusia.
Xi turut menyatakan kesediaan China untuk memperkukuh kerjasama dengan semua negara dalam bidang AI, termasuk penyelarasan strategi pembangunan, peraturan tadbir urus dan piawaian teknikal.
Langkah itu bertujuan mendorong pertumbuhan sihat industri pintar dan memastikan hasil kemajuan dapat dikongsi bersama.
Ekspo berkenaan berlangsung selama empat hari dengan memberi tumpuan kepada “AI Plus” dan kenderaan tenaga baharu (NEV) bersambung pintar.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial