NANNING, 19 Sept (Bernama-CMG) -- Upacara penandatanganan perjanjian sempena Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 diadakan di sini pada Khamis, melibatkan 155 projek kerjasama termasuk 94 projek perindustrian, 44 projek “kecerdasan buatan (AI)+”, serta 17 projek ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
Daripada jumlah itu, ada 45 projek bernilai melebihi RMB1 bilion (RM625 juta) yang meliputi sektor tenaga baharu, kelengkapan bertaraf tinggi, pengelasan logam, bioperubatan, aeroangkasa komersial, ekonomi altitud rendah, tekstil dan sebagainya.
Selain itu, ada tiga projek bernilai RMB5 bilion hingga RMB10 bilion, dan dua projek bernilai melebihi RMB10 bilion.
Projek-projek kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang ditandatangani kali ini melibatkan enam negara ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Laos dan Kemboja, meliputi sektor pengeluaran pintar hasil pertanian, biofuel, pemprosesan kertas dan lain-lain.
–BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial