DUNIA > BERITA

Formula 1 Lanjut Kontrak Grand Prix Azerbaijan Hingga 2030

21/09/2025 12:40 PM

BAKU, 21 Sept (Bernama-Xinhua) -- Perlumbaan Formula 1 (F1) akan terus berlangsung di Baku sehingga 2030 selepas penganjur dan kerajaan Azerbaijan pada Sabtu bersetuju melanjutkan kontrak Grand Prix Azerbaijan selama empat tahun, menurut Baku City Circuit, lapor Xinhua.

Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali menyifatkan litar itu sebagai “unik” kerana menggabungkan laluan lurus panjang dengan selekoh sempit melalui yang bandar lama, sekali gus menghadirkan “perlumbaan penuh peristiwa dan menghiburkan setiap tahun.”

“Pembaharuan ini mencerminkan kepercayaan serta komitmen kukuh antara Formula 1, kerajaan Azerbaijan dan penganjur, serta membuka jalan kepada masa depan yang lebih menarik di negara ini,” katanya.

Litar sepanjang enam kilometer itu menarik peminat dari lebih 70 negara dan wilayah pada 2024, dengan tontonan global di kaca TV mencecah 66 juta penonton, menurut penganjur.

Pertama kali dianjurkan pada 2016, Baku City Circuit terkenal dengan perlumbaan yang sukar diramal, dengan tujuh pemenang berbeza dalam lapan edisi. 

Setakat ini, hanya Sergio Perez pernah meraih kemenangan dua kali, manakala Lewis Hamilton, Max Verstappen dan Oscar Piastri turut tersenarai sebagai pemenang lain.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan