NEW YORK, 25 Sept (Bernama-dpa) -- Ahmed al-Sharaa pada Rabu menjadi presiden Syria pertama dalam tempoh hampir 60 tahun menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Syria telah berubah daripada pengeksport krisis kepada peluang untuk keamanan,” katanya di New York.
Beliau berkata selepas bertahun-tahun perang saudara di bawah pemerintahan bekas pemimpin Bashar al-Assad, kerajaan peralihan pimpinan al-Sharaa kini berusaha ke arah diplomasi, kestabilan, keselamatan dan pembangunan ekonomi.
“Hari ini, Syria kembali ke tempat yang sewajarnya dalam kalangan negara-negara di dunia.”
Ucapan terakhir oleh ketua negara Syria pada sidang pleno PBB disampaikan oleh presiden Syria ketika itu, Nureddin al-Atassi pada 1967.
Disember lalu, al-Sharaa mengetuai satu pakatan bagi menyingkirkan al-Assad dan dilantik sebagai presiden sementara negara itu.
Kemunculannya di New York menandakan kepulangan rasmi Syria ke pangkuan masyarakat antarabangsa, menurut badan pemikir Washington Institute.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial