BEIJING, 25 Sept (Bernama-CMG)-- Komuniti antarabangsa harus memfokuskan haluan yang betul dengan mendorong penyusunan dan pelaksanaan Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) serta menyuntik lebih banyak tenaga positif kepada kolaborasi tadbir urus iklim global.
Presiden China Xi Jinping membuat kenyataan itu ketika menyampaikan ucapan video sempena Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berlangsung di New York pada Rabu.
Xi berkata keadilan perlu ditegakkan dan hak pembangunan dimiliki negara membangun dihormati sepenuhnya.
Semua negara perlu menjunjung prinsip “tanggungjawab bersama tetapi berbeza”, kata beliau sambil menambah bahawa negara maju harus menerajui dalam memenuhi kewajipan pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) serta meningkatkan sokongan kewangan dan pemindahan teknologi kepada negara membangun.
Xi menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa melibatkan teknologi hijau dan perindustrian berkenaan sebagai usaha menangani kekurangan kapasiti pengeluaran hijau dan memastikan aliran bebas produk hijau berkualiti di seluruh dunia.
Presiden turut mengumumkan bahawa China akan mengurangkan pelepasan GHG di seluruh ekonomi sebanyak tujuh hingga 10 peratus daripada tahap puncak menjelang 2035.
Antara NDC baharu yang disasarkan China termasuk meningkatkan penggunaan bahan api bukan fosil melebihi paras 30 peratus, menaikkan jumlah keseluruhan kapasiti terpasang kuasa angin dan solar kepada 3,600 gigawatt dan menjadikan jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) sebagai arus perdana.
– BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial