BEIJING, 27 Jan (Bernama-CMG) -- Sektor pelancongan domestik China mencatatkan lebih 6.52 bilion perjalanan pada 2025, sekali gus menjana pendapatan sebanyak RMB6.3 trilion (RM3.9 trilion).
Sementara itu, jumlah jualan runcit barangan pengguna mencecah lebih RMB50 trilion (RM31 trilion), dengan perbelanjaan pengguna menyumbang sebanyak 52 peratus kepada pertumbuhan ekonomi negara berkenaan.
Data itu diumumkan oleh Kementerian Budaya dan Pelancongan China bersama beberapa jabatan lain baru-baru ini.
Pada 2025, penggunaan perkhidmatan merekodkan pertumbuhan tinggi. Jualan runcit perkhidmatan seperti rekreasi sukan dan budaya, nasihat dan penyewaan pelancongan meningkat lebih 10 peratus.
Selain itu, pelancongan sukan ais dan salji terus mendapat sambutan hangat apabila jumlah pelancong bagi musim sejuk 2025-2026 dijangka mencecah 360 juta orang.
Pada masa sama, pengguna semakin memilih perkhidmatan berbanding barangan seperti dahulu, sekali gus mencerminkan peningkatan kualiti hidup masyarakat di negara itu.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial