SEOUL, 6 Feb (Bernama–Yonhap) -- Lisa daripada kumpulan wanita K-pop BLACKPINK bakal menerajui menerajui filem original Netflix baharu, menurut platform penstriman global itu pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap.
"Lisa akan membintangi sebuah filem komedi romantik Netflix baharu yang diinspirasikan daripada filem 'Notting Hill'," menurut kenyataan ringkas platform itu di X, merujuk kepada filem 1999 yang menampilkan Julia Roberts dan Hugh Grant.
Netflix turut memaklumkan yang filem berkenaan ditulis oleh Katie Silberman, yang pernah menghasilkan skrip Booksmart dan Set It Up. Tajuk filem serta tarikh tayangan masih belum ditentukan.
Lisa memulakan debut sebagai anggota BLACKPINK pada 2016 dan memulakan kerjaya lakonannya pada Februari tahun lalu menerusi penampilan dalam musim ketiga siri HBO yang memenangi anugerah, The White Lotus.
Ketika ini, beliau juga sedang menjalani penggambaran filem aksi original Korea Netflix, “Tygo”, sebuah karya sampingan daripada "Extraction" (2020), bersama Ma Dong-seok, yang juga dikenali sebagai Don Lee, dan Lee Jin-uk.
-- BERNAMA-YONHAP
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial