ISTANBUL/WASHINGTON DC, 19 Feb (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan sumbangan berbilion dolar bagi bantuan di Semenanjung Gaza pada mesyuarat sulung Lembaga Keamanan yang diadakan di Washington pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.
Trump berkata Amerika Syarikat menyumbang sebanyak US$10 bilion kepada badan baharu itu.
Kazakhstan, Azerbaijan, Emiriah Arab Bersatu, Maghribi, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Uzbekistan dan Kuwait secara kolektif berikrar menyumbang lebih US$7 bilion, katanya.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pula sedang mengumpulkan tambahan US$2 bilion, menurut Trump.
Presiden AS itu turut memaklumkan yang Jepun komited untuk menjadi tuan rumah satu acara kutipan dana, yang menurutnya “akan menjadi sangat besar.”
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial