DUNIA > BERITA

Calon Palestin Tarik Diri Daripada Pencalonan Presiden UNGA

27/02/2026 10:42 PM

NEW YORK, 27 Feb (Bernama-Xinhua) -- Misi Pemerhati Tetap Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menarik balik pencalonan Riyad Mansour bagi jawatan presiden sesi ke-81 Perhimpunan Agung PBB (UNGA), lapor Xinhua.

Penarikan diri itu disebabkan keadaan semasa yang melanda Palestin, kata Presiden UNGA Annalena Baerbock yang membuat pengumuman berkenaan pada Khamis menerusi surat kepada semua wakil tetap dan pemerhati tetap ke PBB.

Selaras dengan penggiliran serantau yang ditetapkan, presiden sesi ke-81 UNGA akan dipilih daripada Kumpulan Asia Pasifik.

Susulan penarikan diri Mansour, dua calon kekal dalam persaingan bagi jawatan tersebut, iaitu Md. Touhid Hossain dari Bangladesh dan Andreas S. Kakouris dari Cyprus.

Menurut nota yang dihantar kepada wartawan pada Khamis, Baerbock akan mengadakan dialog tidak rasmi bersama calon pada Mei, manakala pemilihan akan diadakan pada 2 Jun.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan