ISTANBUL, 13 Mac (Bernama-dpa) -- Gempa bumi dengan magnitud 5.5 menggegar Wilayah Tokat di utara Turkiye pada malam tadi, menurut agensi pengurusan bencana AFAD pada pagi Jumaat.
Gegaran itu turut dirasai di wilayah berjiran termasuk Samsun, Amasya, Ordu dan Sivas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan AFAD.
Gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 3.35 pagi (0035 GMT) pada kedalaman 6.37 kilometer.
Setakat ini, tiada kesan negatif dilaporkan, menurut AFAD.
Pejabat Gabenor Tokat menerusi hantaran di laman X mengumumkan bahawa sekolah dan tadika di wilayah itu akan ditutup selama sehari.
Turkiye terletak di kawasan yang mempunyai banyak sesar, iaitu rekahan tektonik atau titik pecah pada batuan. Bandar raya Istanbul, khususnya, merupakan kawasan yang sangat terdedah kepada risiko gempa bumi.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial