DUNIA > BERITA

Pakistan, Malaysia Setuju Teruskan Usaha Keamanan Di Asia Barat

20/03/2026 09:23 PM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 20 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat bersetuju untuk meneruskan usaha keamanan di Asia Barat susulan perang Amerika Syarikat-Israel di Iran.

Kedua-dua pemimpin itu berbual pada sebelah petang dan saling bertukar ucapan Aidilfitri sambil menegaskan komitmen untuk memperkukuh hubungan Malaysia-Pakistan.

“Kami membincangkan situasi yang sedang berkembang di Iran dan rantau Teluk, serta bersetuju mengenai keperluan mendesak untuk meredakan ketegangan dan meneruskan usaha bersama bagi mempromosikan keamanan melalui dialog dan diplomasi,” kata Shehbaz dalam satu hantaran di X.

“Kami turut menyatakan kepuasan terhadap momentum positif dalam hubungan Pakistan-Malaysia serta menegaskan komitmen bersama untuk terus memperkukuh hubungan persaudaraan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan