DUNIA > BERITA

Wang Wentao Bertemu Wakil Perdagangan AS

27/03/2026 04:58 PM

YAOUNDE, 27 Mac (Bernama-CMG) -- Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan pertemuan dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Jamieson Greer di luar Persidangan Peringkat Menteri ke-14 (MC14) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Yaounde, Cameroon pada Khamis.

Wang berkata China dan AS perlu bekerjasama untuk melaksanakan konsensus dicapai pemimpin kedua-dua negara, mengukuhkan kerjasama saling untung, mengekalkan komunikasi rapat serta mendorong perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan yang sihat, stabil dan mampan.

Beliau menyatakan kesediaan China untuk mempertingkat kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan AS di peringkat multilateral dan rantau, di samping bersama-sama menggerakkan reformasi WTO.

China juga bersedia bersama-sama AS menggalakkan MC14 mencapai hasil pragmatik serta menyokong Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) dan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) membuahkan hasil positif, katanya.

Sementara itu, Greer berkata AS berhasrat mengukuhkan dialog dengan China dan bertindak memastikan hubungan perdagangan kedua-dua negara kekal stabil demi situasi sama menang.

Beliau turut menzahirkan kesediaan AS untuk meningkatkan komunikasi dan pertukaran dengan China di bawah WTO dan kerangka rantau.

– BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan