DUNIA > BERITA

Konvoi Bantuan UAE Tiba Di Gaza

28/03/2026 02:50 PM

GAZA, 28 Mac (Bernama-WAM) -- Konvoi bantuan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali lagi tiba di Semenanjung Gaza pada Jumaat sebagai sebahagian daripada Operasi Chivalrous Knight 3.

Konvoi membawa bekalan penting dan bantuan kemanusiaan untuk meringankan keadaan sukar yang dihadapi penduduk, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Konvoi di bawah inisiatif "pakaian harapan untuk anak-anak kita di Gaza" tiba dengan membawa ratusan tan pakaian sekali gus membawa kelegaan dan keprihatinan serta sokongan kepada keluarga yang terjejas.

Konvoi termasuk pakaian dan keperluan asas, disokong oleh pertubuhan kemanusiaan UAE yang meneruskan usaha mereka dan menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza, menegaskan bahawa pemberian tidak berhenti dan sokongan sampai pada mereka yang memerlukan.

-- BERNAMA-WAM


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan