ISTANBUL, 30 Mac (Bernama-Anadolu) -- Kumpulan Hizbullah dari Lubnan pada Ahad mendakwa telah melancarkan 1,100 operasi ketenteraan terhadap sasaran Israel sejak 2 Mac lepas, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan media ketenteraannya, kumpulan itu berkata operasi berkenaan dilancarkan “bagi mempertahankan Lubnan dan rakyatnya” sejak bermulanya serangan Israel.
Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Lubnan serta operasi darat di selatan Lubnan sejak serangan rentas sempadan oleh Hizbullah pada 2 Mac.
Pihak berkuasa Lubnan memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 1,228 orang terkorban manakala 3,543 lagi cedera dalam serangan Israel sejak itu.
Peningkatan ketegangan itu berlaku di tengah-tengah serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran yang telah mengorbankan lebih 1,340 orang sejak 28 Feb lepas.
Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta pangkalan tentera AS di negara-negara Teluk.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial