ST. PETERSBURG, 3 April (Bernama-Xinhua) -- Rusia merancang untuk melancarkan sebuah kapal selam pada Oktober tahun ini, kata presiden Institut Kurchatov Mikhail Kovalchuk pada Khamis, lapor Xinhua.
Bercakap pada kuliah terbuka semasa Forum Pendidikan Antarabangsa St. Petersburg ke-16, Kovalchuk berkata kapal selam itu dibina di limbungan kapal Sevmash berhampiran bandar Arkhangelsk dan telah pun menjalani beberapa ujian.
Direka bentuk untuk dua anggota kru iaitu pemandu dan pakar teknikal, kapal selam mini itu dilengkapi lambung tekanan akrilik lut sinar yang memberikan pemandangan panorama 270 darjah.
Kenderaan laut dalam itu dilengkapi dengan sistem kecemasan yang mampu menghantar lokasinya secara automatik walaupun berlaku kegagalan kuasa.
Ia direka bentuk untuk beroperasi dalam air tawar dan air laut.
Kapal selam itu dijangka meningkatkan keselamatan infrastruktur pengangkutan gas Rusia.
Forum pendidikan antarabangsa berkenan berlangsung dari 30 Mac hingga 3 April.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial