WASHINGTON, 3 April (Bernama-Xinhua) -- Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth mengarahkan Ketua Turus Tentera Darat Jeneral Randy George meletakkan jawatan dan bersara serta-merta, menurut beberapa media pada Khamis, lapor Xinhua.
Sebagai jeneral paling kanan Tentera AS, George dipecat ketika konflik AS-Israel terhadap Iran memuncak, tanpa penjelasan berhubung keputusan itu.
Hegseth mahu seseorang yang memegang peranan itu melaksanakan visi Presiden Donald Trump dan dirinya sendiri untuk tentera, menurut laporan dari CBS News.
"Kami berterima kasih atas perkhidmatannya, tetapi sudah tiba masanya untuk perubahan kepimpinan dalam Tentera Darat," seorang pegawai kanan Pentagon dipetik berkata.
Ketua Turus Tentera Darat biasanya berkhidmat selama empat tahun. George telah dicalonkan untuk jawatan itu oleh bekas Presiden Joe Biden dan disahkan oleh Senat pada 2023, bermakna beliau sepatutnya memegang jawatan hingga 2027.
Naib Ketua Turus Tentera Jeneral Christopher LaNeve, yang sebelum ini ialah pembantu tentera Hegseth, akan berkhidmat sebagai pemangku Ketua Turus Tentera, lapor CBS News.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial