MOSCOW, 3 April (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Harga bahan api jet dan diesel di barat laut Eropah masing-masing melebihi AS$1,900 dan AS$1,600 per tan pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan portal berita Argus Media.
Harga bahan api jet naik hampir AS$300 dalam sehari manakala harga diesel naik lebih AS$200 dalam sehari, menurut laporan itu pada Khamis.
Pada 28 Feb lepas, Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran termasuk di Tehran, menyebabkan kerosakan dan kematian orang awam.
Iran bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel dan kemudahan tentera AS di Asia Barat termasuk di Bahrain, Qatar, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.
Ketegangan di sekitar Iran telah membawa kepada sekatan de facto Selat Hormuz, laluan utama untuk penghantaran minyak dan gas asli cecair dari negara-negara Teluk Parsi ke pasaran global sekali gus melonjakkan harga tenaga.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial