DUNIA > BERITA

Iran Beri Amaran Penutupan Jangka Panjang Selat Hormuz Kepada AS, Israel

03/04/2026 11:15 PM

TEHRAN, 3 April (Bernama-MNA) -- Seorang jurucakap kanan Angkatan Tentera Iran berkata Selat Hormuz akan ditutup kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel untuk tempoh yang sangat panjang, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Bercakap dalam temu bual dengan televisyen kerajaan pada lewat Khamis, Jurucakap Staf Am Angkatan Tentera Brigedier Jeneral Abolfazl Shekarchi menegaskan bahawa pihak berkuasa Iran telah memutuskan untuk menutup Selat Hormuz kepada kapal yang berkaitan dengan AS, Israel dan negara yang menyokong serangan terhadap Iran.

Beliau berkata sepanjang konflik itu, beberapa kapal tangki telah diserang kerana melalui selat berkenaan tanpa kebenaran Tehran.

Pada 25 Mac, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi mengumumkan bahawa Iran membenarkan kapal milik negara sahabat melalui Selat Hormuz, termasuk Rusia, India, Iraq, China dan Pakistan.

-- BERNAMA-MNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan